ABOUT US

2015

BUSINESS PROFILE


LITTLE DUBAI COLLECTIONS

001513423-A



100% Milik Penuh Bumiputra


=======================================================================




PENGENALAN SYARIKAT


1.      PENUBUHAN

LITTLE DUBAI COLLECTIOS adalah sebuah syarikat Hak Milik Penuh 100% Bumiputra yang ditubuhkan pada 21 September 2004 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Kami telah membuka butik pakaian pertama kami di Kuala Lumpur pada 01 November 2006 dan kini kami telah mempunyai 4 cawangan di antaranya di Muar, Johor dan Teluk Intan, Perak. LD adalah jenama cap dagangan (TM) kedai pakaian kami yang telah dilindungi di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia mengikut Trade Description Art 1972.


2.      AKTIVITI UTAMA

Syarikat kami terlibat di dalam rekaan fesyen-fesyen terkini, aktiviti jahitan, membekal pelbagai jenis pakaian/uniform dan kini sedang merancang untuk menubuhkan sebuah pusat latihan jahitan yang mensasarkan pelbagai golongan masyarakat.



STRATEGI SYARIKAT


1.      OBJEKTIF

-          Objektif perniagaan kami ini bukan semata-mata kepada keuntungan tetapi memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan. Selain itu syarikat juga memandang kepada kepentingan melahirkan usahawan bumiputra baru dengan mendidik budaya keusahawanan di kalangan warga muda.
-          Mendirikan sebuah kilang pakaian di bawah kategori Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
-          Mewujudkan sebuah pusat latihan jahitan di bawah sokongan kerajaan yang mensasarkan golongan-golongan miskin, ibu-ibu tunggal dan penganggur yang ingin meningkatkan kemahiran diri di dalam bidang jahitan.
-          Menjadi satu pusat di mana segalanya berada di bawah satu bumbung dari aktiviti latihan, praktikal, pembuatan, pemasaran, penjualan dan pembekal.
-          Menjadi perintis dalam menghasilkan lapisan usahawan baru bumiputra untuk generasi mendatang yang mampu bersaing kerana kami melatih dari tiada apa-apa sehingga dapat mempraktikan penjualan secara terus kepada pelanggan di bawah satu bumbung.


2.      TUJUAN

-          Menghasilkan sendiri pakaian yang boleh di jual terus kepada pelanggan di setiap cawangan-cawangan kami yang ada.
-          Dapat meminimumkan kos yang ada supaya dapat memberi harga yang lebih murah kepada pelanggan dan mampu bersaing.
-          Melahirkan tenaga mahir dan memberi latihan kepada golongan miskin, penganggur dan ibu-ibu tunggal supaya dapat menggunakannya untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah peluang pendapatan.
-          Menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dengan mensasarkan lepasan-lepasan Giat Mara atau mana-mana pusat latihan untuk menjadi tenaga pengajar.

-          Melahirkan individu berkemahiran dengan dapat mempraktikannya secara terus sekaligus dapat melahirkan usahawan bumiputra baru untuk generasi mendatang.


==================================================================


KONSEP PERNIAGAAN

1.       PRODUK

Kami mereka pelbagai jenis pakaian muslimah, tshirt, uniform dan semua jenis pakaian dalam kuantiti tinggi dengan sentiasa memberi focus terhadap kualiti dan mutu kerja seiring dengan motto kami “Show Your Image Perfectly”. Bertepatan dengan tagline ini, kebanyakan koleksi jenama LD memiliki classnya yang tersendiri. Menarik di Little Dubai Collections ialah setiap koleksi dan hasil kami di datangkan berbeza-beza menjadikan ia cukup eksklusif untuk setiap pelanggan dan kami mempunyai kepakaran dalam menggayakan abaya atau jubah dan bersedia memberi khidmat nasihat berhubung pelbagai jenis pakaian, peragaan fesyen muslimah, tudung dan selendang serta idea untuk wanita yang ingin menyesuaikan ciri asia barat digandingkan dengan fesyen tempatan.

2.       SERVIS

a)      Rekaan Produk
Memberi khidmat nasihat ketika mereka corak uniform dan pakaian serta pemilihan fabrik.

b)      Pembuatan
-          Berpandu kepada spesifikasi, jenis fabrik menentukan tahap kualiti.
-          Kawalan kualiti menjadi perkara paling penting sebelum sesuatu produk dipasarkan.

c)       Penghantaran
-          Pengurusan logistik kami sentiasa bersedia dan memastikan setiap tempahan sampai ke destinasi pada masa yang telah kami janjikan.
-          Kami juga memastikan setiap dokumen berkaitan penghantaran adalah sulit dan di jaga rapi.

d)      Khidmat selepas jualan
-          Menerima setiap maklum balas pelanggan dan menerima setiap pengubahan pakaian dengan penghantaran cepat untuk menepati kepuasan setiap hati pelanggan.

-          Mengalu-alukan apa jua komen dan teguran daripada pelanggan demi meningkatkan lagi mutu kerja kami. Mengenali pelanggan dengan lebih rapat memudahkan kami memberi perkhidmatan terbaik kerana kepuasan hati dan cita rasa pelanggan menjadi keutamaan syarikat.


No comments:

Post a Comment